- Lain-lain
Kerjasama Saling Menguntungkan China-ASEAN Berada di Tahap Terbaik
Menteri Luar China, Wang Yi berkongsi hasil kerjasama memberangsangkan sejak terjalinnya Hubungan Rakan Strategik Komprehensif China-ASEAN pada 5 tahun yang lalu, semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-ASEAN di Manila, Filipina pada Rabu.
Kata Wang, China telah mencapai konsensus penting dengan lapan buah negara anggota ASEAN mengenai pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib dua hala, sekaligus mengukuhkan lagi asas ke arah pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.
Selain itu, Protokol Peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0 telah dimeterai secara rasmi dengan kedua-dua pihak kekal sebagai rakan dagang terbesar antara satu sama lain selama enam tahun berturut-turut, dengan jumlah perdagangan pada tahun 2025 mencecah paras trilion dolar AS.
Bukan itu sahaja, China turut menghulurkan bantuan segera, selepas Myanmar dan Mindanao Filipina dilanda gempa bumi dahsyat, sekaligus memperlihatkan tradisi murni saling membantu antara China dengan negara ASEAN.
Wang berkata, selain itu hampir 200 acara telah dianjurkan bersempena Tahun Pertukaran Sosiobudaya China-ASEAN (2024-2025).
Malah China juga menawarkan "Visa ASEAN" khas, menjadikan pergerakan rentas sempadan rakyat lebih mudah dan rancak, sekali gus mengukuhkan lagi ikatan sosiobudaya kedua-dua pihak.
- Wang Yi Dijadual Hadiri Mesyuarat Menteri Luar China–ASEAN
- Hasil Tinjauan Perspektif China terhadap ASEAN Diumumkan
- Kumpulan Pemikir Pertahanan China, ASEAN Berkumpul di Kunming Bulan Depan
- Setiausaha Agung ASEAN: Perlunya Perkongsian ASEAN-China Lebih Kukuh
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Aroma Kelapa Thailand Seberangi Gunung dan Laut
- Bagaimana Buah-buahan ASEAN Merentas Ribuan Batu ke China
- Diplomat ASEAN Nantikan Peluang Kongsi Pasaran dengan China
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Cita Rasa Terunggul Durian Malaysia
- Guangxi: Pintu Masuk Buah-buahan ASEAN
- Mesyuarat Pegawai Kanan ke-26 Pelaksanaan DoC Berlangsung di Kuala Lumpur




