Wang Yi Kemuka Empat Cadangan Dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Manila

(CRI)Khamis 23 Julai 2026

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-ASEAN berlangsung di Manila, Filipina pada Rabu.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan, dengan disertai menteri-menteri luar dari negara ASEAN serta Ketua Setiausaha ASEAN.

Wang telah mengemukakan empat cadangan semasa mesyuarat tersebut.

Pertama, mengekalkan persekitaran yang aman dan mendorong pembangunan serantau dengan mengambil kesempatan sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara.

Ini termasuk memupuk nilai Asia yang berasaskan keamanan, kerjasama, keterbukaan dan iklusif, serta dengan tegas menentang campur tangan pihak luar, menentang pembentukan kumpulan kecil eksklusif, menolak konfrontasi dan tidak membenarkan kebangkitan semula militarisme.

Kedua, meningkatkan ketahanan pembangunan serantau.

Wang berkata perlunya meneruskan kerjasama terbuka, memperkukuh integrasi pembangunan, membangunkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 dengan baik, melaksanakan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara berkualiti tinggi, serta mengukuhkan keselamatan makanan, sumber tenaga dan kestabilan rantaian bekalan di rantau ini

Ketiga, mendorong pembangunan inovatif dan hijau iaitu memperluas kerjasama dalam bidang baharu termasuk ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan kabel laut.

Selain itu berbincang mengenai penyelarasan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN, serta mempercepatkan kerjasama dalam bidang termasuk usaha menangani perubahan iklim, sumber tenaga bersih, pertanian hijau, dan ekonomi biru.

Manakala yang keempat ialah kekal mengutamakan kepentingan rakyat.

Wang berkata semua pihak harus menggalakkan pembangunan yang inklusif dan saksama bagi memastikan hasil kerjasama China-ASEAN boleh dirasai dan diakses serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat semua negara.

Katanya China bersedia untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan ASEAN dalam bidang pembasmian kemiskinan, kesihatan awam, pendidikan, belia, kumpulan pemikir (think tank), pelancongan, media, dan kebudayaan.

Semasa membentangkan mengenai pendirian China berkaitan isu Laut China Selatan ketika mesyuarat tersebut, Wang berkata kawasan perairan tersebut adalah "kampung" bersama China dan ASEAN, dan menganggap bahawa China serta negara-negara ASEAN cukup bijak dan berkemampuan menangani isu Laut China Selatan dengan baik.

Video

Berita Berkaitan