Kumpulan Ketiga Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Nepal

(CRI)Jumaat 04 September 2026

Kumpulan ketiga bantuan kemanusiaan kecemasan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Kathmandu, Nepal pada Khamis petang.

Bantuan kecemasan tersebut dihantar oleh Tentera Udara China dengan menggunakan pesawat pengangkut bersaiz besar Y-20.

Yang turut selamat tiba di Kathmandu adalah kumpulan keempat pakar China yang terdiri daripada sepuluh pakar DNA.

Duta Besar China ke Nepal, Zhang Maoming, bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Nepal, Mahabir Pun menghadiri upacara penyerahan bantuan itu selain menyambut kedatangan pasukan pakar China.

Bantuan kecemasan kali ini termasuk peti mayat, bahan pencegahan wabak, barang keperluan harian dan barang-barang yang amat diperlukan pihak Nepal.

Pakar DNA China akan segera memulakan kerja bagi membantu pihak Nepal mengenal pasti identiti mangsa maut.

Selain itu, bantuan kecemasan kumpulan ketiga dari China juga termasuk jambatan Bailey yang amat diperlukan Nepal.

Peralatan khas untuk pemasangan jambatan Bailey telah dihantar ke pintu keluar masuk Lizi di Wilayah Autonomi Xizang Chin, dan akan diserahkan kepada pihak Nepal secepat mungkin.

Video

Berita Berkaitan