- Lain-lain
Syarikat China di Colombia Kerahkan Pasukan Jentera Bantu Operasi SAR

Penggunaan jentera menjadi sangat diperlukan untuk menyambung semula laluan yang terputus berikutan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter yang menggegar Colombia baru-baru ini, yang sudah menyebabkan trafik terjejas teruk dan banyak bangunan runtuh di kawasan bencana.
Beberapa syarikat China di Colombia segera mengerahkan peralatan jentera dan pasukan teknikal pada malam pertama untuk mengikuti operasi mencari dan menyelamat (SAR) beserta menjalankan pembersihan runtuhan di sini, yang sudah menjadi satu kawasan bencana yang kritikal.
Sejak hari pertama Pereira dilanda gempa bumi itu, pasukan jentera China tidak pernah ketinggalan dalam usaha mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap serta memberikan sokongan teknikal dalam melakukan pembersihan runtuhan berdasarkan kerjasama dengan pasukan penyelamat tempatan.
Ada pegawai tempatan yang menyatakan bahawa peralatan, pasukan teknikal dan kakitangan logistik daripada syarikat China memberikan sokongan yang amat penting untuk meningkatkan kecekapan dalam operasi SAR.
Diana Ramirez, Pengarah Jabatan Penyelarasan Agensi Pengurusan Risiko Bencana di provinsi Risaralda, Colombia, berkata bahawa penggunaan jentera besar adalah amat penting pada peringkat awal SAR, kerana ia bukan sahaja berperanan besar dalam mencari mangsa yang terperangkap dan memindahkan mangsa yang terkorban, tetapi juga wujud sebagai tunjang dalam menjalankan pembersihan runtuhan.
"Bantuan daripada China adalah mustahak bagi kami, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih tentang bantuan itu, yang dilihat sebagai semangat perpaduan antarabangsa", kata Diana.
- China Sedia Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Colombia
- China Sedia Beri Sokongan Berterusan Tangani Wabak Ebola
- Kapal Hospital Tentera China Mulakan Misi Kemanusiaan ke Afrika dan Asia Selatan
- Dua Pakar China Berlepas ke Uganda Bantu Cegah dan Kawal Wabak Ebola
- China Hantar Barang Bantuan Kumpulan Pertama ke Venezuela
- China Terus Hulurkan Bantuan Kemanusiaan kepada DR Congo, Uganda dan AU Tangkis Ebola
- China Hantar Pasukan Pakar Perubatan ke DR Congo
- Kapal Hospital "Silk Road Ark" Berjaya Selesaikan Misi Kemanusiaan Antarabangsa
- China Salur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Perkukuh Kerjasama Dua Hala
- China akan Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq




