China Sedia Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Colombia

(CRI)Rabu 12 Ogos 2026

China komited menghulurkan bantuan sewajarnya kepada Colombia, bagi membantu usaha negara itu dalam menghadapi bencana.

Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China, Tang Ying pada Selasa menyatakan bahawa China memantau dengan teliti situasi bencana gempa bumi kuat yang melanda Colombia dan bersedia menghulurkan bantuan mengikut keperluan negara itu.

Untuk rekod, baru-baru ini Colombia dilanda gempa bumi kuat sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan harta benda.

Video

Berita Berkaitan