Pakar Penyelamatan Terowong China Tiba di Nepal

(CRI)Ahad 30 Ogos 2026

Pakar penyelamatan terowong China tiba di Nepal untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (Carilamat), menurut Kedutaan Besar China di Nepal.

Difahamkan, dua buah pesawat pengangkut Y-20 milik Tentera Udara China yang membawa sebanyak 13,200 bekalan kecemasan selamat tiba di Nepal pada Ahad.

Sebelum ini, seramai lima orang pakar penyelamatan terowong China telah terlibat dalam tugas Carilamat.

Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMA) Nepal mengesahkan bahawa angka kematian akibat gelongsoran lumpur di negara itu meningkat kepada 734, dengan 2,498 orang masih hilang setakat pukul 9 pagi Ahad.

Video

Berita Berkaitan