Kerajaan Nepal Zahir Penghargaan atas Sumbangan China

(CRI)Jumaat 04 September 2026

Kerajaan Nepal merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan China membantu negara itu berdepan bencana dahsyat.

Perkara itu disampaikan Menteri Luar Nepal, Shisir Khanal ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Besar China ke Nepal, Zhang Maoming pada Khamis.

Dalam pertemuan itu beliau berkata, kerajaan Nepal turut merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat China atas bencana yang melanda kawasan negara itu.

Nepal dan China berkongsi ekosistem semula jadi Himalaya dan kedua-dua negara turut terkesan oleh perubahan iklim.

Beliau berkata, pihak Nepal bersetuju dengan pandangan China bahawa menangani isu perubahan iklim merupakan tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa.

Sementara itu Zhang berkata, perubahan iklim merupakan cabaran bersama yang perlu dihadapi masyarakat seluruh dunia dan tiada negara yang akan terlepas daripada hukum alam itu.

Ujarnya, China bersedia untuk terus berusaha bersama masyarakat antarabangsa termasuk Nepal, untuk mengukuhkan kerjasama dan pertukaran, serta mencegah dan mengurangkan kesan buruk perubahan iklim dengan berkesan.

Video

Berita Berkaitan