Xi Ucap Tahniah Sempena Hari Kebangsaan ke-78 DPRK

(CRI)Rabu 09 September 2026

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Jong Un sempena Hari Kebangsaan ke-78 negara itu pada Rabu.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam perutusannya berkata, China dan DPRK merupakan negara sosialis yang berjiran baik, saling membantu dan berkongsi nasib.

"Saya mengadakan lawatan rasmi ke DPRK pada Jun lalu dan bertemu lagi dengan Tuan, bersama membuka halaman baharu bagi perkembangan hubungan kedua-dua parti dan negara," ujar Xi.

"Saya bersedia berusaha bersama Tuan untuk meningkatkan kepimpinan strategik terhadap hubungan antara parti dan negara, bergembleng tenaga menggalakkan pembangunan parti dan negara masing-masing, serta menambah baik kesejahteraan dan merapatkan persahabatan rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan serantau malah dunia," kata Xi lagi.

Video

Berita Berkaitan