Xi, Kim Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-65 Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Saling Bantu China-DPRK

(CRI)Sabtu 11 Julai 2026

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Presiden China Xi Jinping, dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPK) dan Presiden Jawatankuasa Urusan Negera Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) Kim Jong Un bertukar ucapan tahniahsempena ulang tahun ke-65 pemeteraian Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Saling Bantu China-DPRK, pada Sabtu.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa perjanjian tersebut meletakkan asas politik dan undang-undang penting dalam merapatkan persahabatan kedua-dua negara, selain memainkan peranan signifikan dalam meneruskan dan menyemarakkan persahabatan China-DPRK, serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau dan global.

Xi menegaskan, berdepan perubahan besar di dunia yang tidak pernah berlaku dalam seabad lalu, beliau bersedia bekerjasama dengan Kim untuk mengukuhkan komunikasi strategik, memastikan hubungan China-DPRK berkembang ke arah betul, selain memandu kerjasama dua hala untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan serantau.

Kim dalam perutusannya pula menyatakan bahawa hubungan persahabatan dan kerjasama antara Beijing dengan Pyongyang adalah pilihan strategik kedua-dua parti dan rakyat dan juga aset berharga yang kini berkembang ke tahap strategik baharu.

Kim menambah, berdepan situasi antarabangsa yang kompleks dan banyak berubah ketika ini, hubungan persahabatan DPRK-China bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan kedua-dua negara, malah juga menyumbang kepada usaha mempertahankan keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.

Video

Berita Berkaitan