- Lain-lain
Minggu Udara Bersih China Dilancarkan

Minggu Udara Bersih China 2026 yang memfokuskan kepada amalan inovatif tadbir urus pencemaran udara, dilancarkan di Beijing pada Isnin.
Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Program Alam SekitarPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan Perkongsian Dasar Udara Bersih China (CCAPP) bertepatan dengan sambutan Hari Antarabangsa Udara Bersih untuk langit biru.
Bertemakan 'Nikmati Udara Sihat, Guna Tenaga Rendah Karbon', acara itu menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan udara, iklim, tenaga dan kesihatan secara sistematik, sekali gus menggalakkan kerjasama rentas bidang serta perkongsian pengetahuan berkenaan.
China telah memperkenalkan tiga pelan tindakan mengenai usaha pencegahan dan kawalan pencemaran udara dari 2013 hingga 2023, menyaksikannya muncul sebagai negara yang mencatat kadar peningkatan kualiti udara terpantas di dunia.
Untuk rekod, kepekatan zarah PM2.5 di seluruh negara mencatat 28 mikrogram per meter pada 2025, menurun 59 peratus berbanding tahun 2013, manakala kadar hari yang mencatat pencemaran teruk menyusut kepada 0.9 peratus sahaja.
- Kepakaran China Pacu Perallihan Tenaga Hijau Malaysia
- Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
- Gambaran Usaha Bina “China Yang Indah” dari Empat Aspek Penting
- Xi Seru Mobilisasi Seluruh Masyarakat dalam Usaha Penghijauan
- China Keluar Garis Panduan Pacu Transformasi Hijau Sektor Hidrokuasa Kecil
- China Dorong Transformasi Hijau secara Menyeluruh dalam Pembangunan Pertanian
- China Lakar Kemajuan Signifikan dalam Bekalan Elektrik Hijau
- Kapasiti Hijau China Bawa Peluang Luas
- China Komited Bersama Dunia Tempuh Jalan Pembangunan Hijau
- Projek ECRL Malaysia Patuhi Konsep Pembangunan Hijau




