Kapasiti Hijau China Bawa Peluang Luas

(CRI)Khamis 22 Januari 2026

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa kapasiti hijau China bukan sahaja memperkaya bekalan tenaga domestik, malah membawa peluang yang luas bagi negara-negara Global Selatan untuk mencapai pembangunan rendah karbon.

Data terkini mendedahkan bahawa jumlah penggunaan elektrik tahunan China sudah melebihi 10 trilion kilowatt-jam pada 2025, antaranya tenaga bukan fosil menyumbang lebih 60 peratus.

Terdapat ulasan media asing mendakwa China kini telah menjadi peneraju dalam kapasiti hijau.

Mengenai ulasan tersebut, Guo berkata, produk dan teknologi tenaga baharu China yang berkualiti tinggi dan berharga berpatutan sangat sesuai dengan keperluan mendesak negara-negara membangun dalam penggunaan tenaga mampan dan mampu milik.

Ia menyediakan pilihan yang praktikal sebagai alternatif kepada tenaga fosil, sekali gus membuka laluan baharu untuk melompat terus ke arah pembangunan hijau.

Sebagai contoh di Afrika, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, China telah menjalankan kerjasama tenaga bersih dengan lebih separuh negara Afrika sehingga ratusan projek tenaga baharu telah berlancar. Kelebihan sumber Afrika menjadi enjin pertumbuhan.

Menurut Guo, peralihan hijau bukan sahaja menguntungkan pembangunan berterusan masyarakat manusia, malah akan menjamin hak dan kepentingan pembangunan yang sama rata bagi pelbagai negara. China bersedia untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membina satu dunia yang bersih dan indah.

Video

Berita Berkaitan