- Lain-lain
China Komited Bersama Dunia Tempuh Jalan Pembangunan Hijau

China pada Sabtu menyiarkan kertas putih mengenai pelan tindakan untuk mencapai matlamat puncak karbon dan neutral karbon.
Kertas putih itu memaparkan iltizam China berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk menempuh jalan pembangunan hijau serta menghadapi cabaran perubahan iklim.
Menurut kertas putih itu, China komited memperkasa kerjasama dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membabitkan infrastruktur hijau, tenaga hijau, pengangkutan hijau dan sebagainya.

Setakat ini, China telah mewujudkan platform kerjasama tenaga dengan ASEAN, Liga Arab, Kesatuan Afrika (AU), Eropah Tengah dan Timur, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
China juga menjalin hubungan rakan kongsi dengan 34 negara BRI dalam bidang tenaga, selain melakukan kerjasama projek tenaga hijau dengan lebih 100 negara dan wilayah.
Produk dan kelengkapan rendah karbon keluaran China termasuk peralatan kuasa angin dan tenaga solar serta kenderaan tenaga baharu (EV) kini dieksport ke lebih 200 negara dan wilayah.
China membekalkan sebanyak 70 peratus peralatan kuasa angin dan 80 peratus peralatan kuasa fotovolta kepada dunia, sekali gus menjadikan kos penjanaan kuasa berasaskan dua jenis tenaga bersih itu masing-masing menurun lebih 60 peratus dan 80 peratus.

- Loji Kuasa PV Bantu Jaga Ekologi Padang Pasir Taklimakan
- Biri-biri ‘Jaga’ Panel Solar di Qinghai
- Tenaga Baharu Hidupkan Semula Kawasan Amblesan Lombong Arang Batu
- “Fotovolta + Elektrik” Bantu Penduduk Luar Bandar Hadapi Musim Sejuk
- Qinghai, Puncak Bidang Fotovolta
- Projek ECRL Malaysia Patuhi Konsep Pembangunan Hijau
- Mobiliti Dua Roda Kini Jadi Solusi Kepada Pengangkutan Bandar Hijau di China
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Taman Bunga Bertaraf UNESCO di Suzhou Dakapi Transformasi Digital
- China Seru Sinergi untuk Realisasi Pembangunan Lestari
- Golongan Muda Pilih Gaya Hidup Hijau
- China Komited Berganding Bahu dengan Pelbagai Pihak untuk Promosi Pembangunan Hijau
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024
- Kementerian Kewangan Keluarkan Bon Hijau Berdaulat China di Luar Negara
- Xi Beri Arahan Mengenai Penubuhan Kumpulan Kitar Semula Sumber China




