Projek ECRL Malaysia Patuhi Konsep Pembangunan Hijau

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 28 Oktober 2025
Projek ECRL Malaysia Patuhi Konsep Pembangunan Hijau
Foto sudut udara bertarikh 10 Oktober 2025 ini memperlihatkan pemandangan hutan hujan dibelah oleh laluan kereta api projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang, Malaysia. (Xinhua)

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek kereta api mega di Malaysia yang sedang dibina oleh China Communications Construction Company (CCCC), bermula dari hab pengangkutan terbesar di Malaysia iaitu Pelabuhan Klang, dan berakhir di Kelantan di bahagian pantai timur.

Rel itu dijangka akan menambah baik ketersambungan dengan signifikan dan akan memberikan lebih banyak pertumbuhan yang seimbang kepada Malaysia menerusi sambungan antara kawasan yang kurang membangun di pantai timur dengan kawasan tengah ekonomi di pantai barat semenanjung Malaysia apabila ia selesai kelak.

Sejak ia mula dibina, projek ECRL telah mematuhi kepada konsep pembangunan hijau di sepanjang kitaran projek.

Ketika ini, tahap kemajuan pembinaan projek ECRL telah melangkaui 80 peratus, dan projek itu diunjur akan beroperasi sepenuhnya pada 2027.

Foto sudut udara bertarikh 10 Oktober 2025 menunjukkan burung berterbangan berdekatan dengan jambatan besar di lokasi projek ECRL di Pahang, Malaysia. (Xinhua)
Foto sudut udara bertarikh 10 Oktober 2025 memperlihatkan pemandangan luar jalan masuk sebuah terowong di lokasi projek ECRL di Pahang, Malaysia. (Xinhua)
Foto sudut udara bertarikh 10 Oktober 2025 mempamerkan pemandangan jambatan besar projek ECRL di Pahang, Malaysia. (Xinhua)
Seekor burung terbang berdekatan dengan lokasi projek ECRL di Pahang, Malaysia. (Xinhua)

Video

Berita Berkaitan