- Lain-lain
China Lakar Kemajuan Signifikan dalam Bekalan Elektrik Hijau

Keupayaan China dalam pembekalan elektrik hijau terus meningkat apabila kapasiti terpasang baharu tenaga solar dan angin mencatat 440 juta kilowatt pada 2025.
Data terkini Majlis Keelektrikan China (CEC) menunjukkan kapasiti terpasang baharu penjanaan elektrik di seluruh negara mencapai 550 juta kilowatt pada tahun lepas, dengan 80.2 peratus daripadanya disumbang oleh dua tenaga alternatif itu.
Bekalan elektrik berasaskan tenaga angin, solar dan biojisim menjadi komponen utama penggunaan elektrik tambahan di China, sekali gus menyaksikan usaha negara ini dalam mewujudkan transformasi hijau dan rendah karbon semakin dipercepat.
CEC menjangkakan bahawa kapasiti terpasang tenaga solar akan buat julung kalinya melebihi arang batu pada 2026.
Sementara itu, jumlah kapasiti terpasang tenaga angin dan solar dijangka menduduki separuh daripada keseluruhan kapasiti terpasang penjanaan elektrik menjelang hujung tahun ini.
- Kapasiti Hijau China Bawa Peluang Luas
- China Komited Bersama Dunia Tempuh Jalan Pembangunan Hijau
- Projek ECRL Malaysia Patuhi Konsep Pembangunan Hijau
- Mobiliti Dua Roda Kini Jadi Solusi Kepada Pengangkutan Bandar Hijau di China
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Taman Bunga Bertaraf UNESCO di Suzhou Dakapi Transformasi Digital
- China Seru Sinergi untuk Realisasi Pembangunan Lestari
- Golongan Muda Pilih Gaya Hidup Hijau
- China Komited Berganding Bahu dengan Pelbagai Pihak untuk Promosi Pembangunan Hijau
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024




