Lapan Negara Sokong Tindakan Britain Larang Pengimportan Barangan dari Penempatan Israel di Tebing Barat

(CRI)Khamis 10 September 2026

Menteri Luar dari lapan buah negara termasuk Mesir, Qatar, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Pakistan, Turkiye dan Arab Saudimengeluarkan kenyataan bersama pada Rabu, menyokong keputusan kerajaan Britain yang melarang pengimportan barangan dari penempatan Israel di Tebing Barat, serta menyekat syarikat Britain memberikan perkhidmatan kepada penempatan tersebut.

Selain itu, mereka juga menuntut supaya Israel menarik balik semua langkah berkaitan aktiviti penempatan dan tindakan lain yang bertujuan mengubah ciri geografi fan demografi wilayah Palestin yang diduduki.

Mereka turut menegaskan bahawa "penyelesaian dua negara" ialah satu-satunya kaedah yang dapat mewujudkan keamanan yang adil, kekal dan menyeluruh.

Video

Berita Berkaitan