Israel Sahkan Penempatan Sistem Iron Dome di UAE

(CRI)Isnin 06 Julai 2026

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Ahad mengesahkan bahawa pada fasa awal konflik Amerika Syarikat (AS) dengan Iran, Israel pernah menempatkan sistem pertahanan udara Iron Dome di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kata beliau ini merupakan kali pertama Iron Dome ditempatkan di luar wilayah Israel dan AS.

Beliau merupakan pegawai kerajaan Israel pertama yang membuat pengakuan secara terbuka mengenai penempatan sistem Iron Dome di UAE.

Sebelum ini, maklumat berkenaan telah disahkan oleh pegawai AS.

Video

Berita Berkaitan