- Lain-lain
Xi Keluarkan Arahan Penting Susulan Kejadian Kebakaran Kapal di Qingdao
Sebuah kapal kargo asing yang sedang dibaiki di pelabuhan Qingdao, provinsi Shandong dilaporkan terbakar dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi pada Khamis.
Kebakaran tersebut telah menyebabkan kecederaan dan jumlah korban yang besar.
Susulan itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan supaya usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dilaksanakan dengan segera, di samping memberikan sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa, serta menyiasat punca kemalangan sekali gus membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Xi turut menegaskan bahawa semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kejadian itu, menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap risiko kebakaran serta melaksanakan langkah pencegahan dengan lebih terperinci bagi membendung kemalangan besar daripada berlaku.
Kementerian Pengurusan Kecemasan juga telah menghantar pasukan ke lokasi kejadian bagi memberikan panduan kepada kerja berkaitan insiden itu.
- Penduduk Terkesan Gelongsoran Lumpur Gyirong Pulang ke Rumah
- Kumpulan Keempat Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Nepal
- Banjir Lumpur Gyirong: China akan Terus Kongsikan Maklumat Terkini
- China Kemas Kini Pelbagai Data kepada Nepal
- Gyirong Jamin Kehidupan 1,720 Rakyat Sempadan Nepal
- Seorang Warga China yang Terperangkap dalam Terowong Susulan Tanah Runtuh Nepal Terselamat
- Operasi Carilamat Mangsa Bencana di Gyirong Berjalan Lancar
- Jalan Raya G216 ke Pintu Sempadan Gyirong Dibuka Sepenuhnya
- Upacara Peringatan Mangsa Banjir Lumpur dan Tanah Runtuh di Gyirong, Xizang
- China, Nepal Bekerjasama Dalam Operasi Menyelamat dan Pemeriksaan Terowong




