- Lain-lain
Penduduk Terkesan Gelongsoran Lumpur Gyirong Pulang ke Rumah

Penduduk bersiap sedia menaiki kenderaan untuk pulang ke rumah dari sebuah tapak penempatan semula sementara di pekan Gyirong, wilayah Xizang, barat daya China, 7 September 2026. (Xinhua/Tenzing Nima Qadhup)
Kejadian gelongsoran lumpur mengejut, dicetuskan oleh keruntuhan glasier altitud tinggi di Nepal, melanda Pelabuhan Gyirong di wilayah Xizang, barat daya China, mengakibatkan kecederaan dan korban yang besar, malah ramai yang hilang.
Sebuah tasik sawar yang terbentuk ekoran bencana tersebut membawa ancaman serius kepada kehidupan dan keselamatan penduduk kampung-kampung sekitar.
Demi keselamatan, seramai 499 penduduk telah dipindahkan ke Pekan Gyirong oleh pihak berkuasa tempatan. Pakar juga dihantar untuk menyiasat sebarang bahaya yang tersembunyi dan menjalankan pemantauan hidrologi untuk menentukan risiko bencana susulan. Setakat ini, tasik sawar di hulu kawasan utama bencana telah disalirkan ke tempat lain.
Dimaklumkan, kerajaan tempatan telah menghantar kenderaan untuk membantu penduduk yang terjejas kembali ke tempat tinggal masing-masing. Pada Isnin lalu, penduduk yang dipindahkan ke tapak penempatan semula sementara di Pekan Gyirong telah balik ke rumah dengan selamat.

Penduduk menaiki kenderaan untuk pulang ke rumah dari sebuah tapak penempatan semula sementara di pekan Gyirong, wilayah Xizang, barat daya China, 7 September 2026. (Xinhua/Tenzing Nima Qadhup)

Penduduk menaiki kenderaan untuk pulang ke rumah dari sebuah tapak penempatan semula sementara di pekan Gyirong, wilayah Xizang, barat daya China, 7 September 2026. (Xinhua/Tenzing Nima Qadhup)

Penduduk menunggu kenderaan untuk membawa mereka pulang ke rumah dari sebuah tapak penempatan semula sementara di pekan Gyirong, wilayah Xizang, barat daya China, 7 September 2026. (Xinhua/Tenzing Nima Qadhup)
- Kumpulan Keempat Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Nepal
- 16 Terkorban, 546 Hilang Gelongsoran Lumpur Melanda Gyirong
- China, Nepal Bekerjasama Dalam Operasi Menyelamat dan Pemeriksaan Terowong
- Upacara Peringatan Mangsa Banjir Lumpur dan Tanah Runtuh di Gyirong, Xizang
- Jalan Raya G216 ke Pintu Sempadan Gyirong Dibuka Sepenuhnya
- Operasi Carilamat Mangsa Bencana di Gyirong Berjalan Lancar
- Seorang Warga China yang Terperangkap dalam Terowong Susulan Tanah Runtuh Nepal Terselamat
- Gyirong Jamin Kehidupan 1,720 Rakyat Sempadan Nepal
- China Kemas Kini Pelbagai Data kepada Nepal
- Banjir Lumpur Gyirong: China akan Terus Kongsikan Maklumat Terkini
- Kewujudan Negeri Arunachal di Selatan Xizang Adalah Haram
- Lebih Pantas Lebih Jauh Industri Penghantaran Ekspres Xizang Pesat Membangun
- Jaringan Logistik Xizang Semakin Baik, Penghantaran ke Kaki Gunung Qomolangma Kini
- ‘Kembara Musim Sejuk Xizang’ Jadi Daya Penarik di Xizang
- Mangsa Gempa Bumi di Kaki Gunung Qumolangma Pindah ke Rumah Baharu
- Foto: Tasik Ranwu Selepas Salji Indah bagai Lukisan
- Sistem Pintar Majukan Pertanian di Penara, Lhasa
- Rai Ulang Tahun ke-67 Kejayaan Kempen Pembebasan Jutaan Hamba Tani di Xizang
- Wang Huning Adakan Tinjauan di Wilayah Xizang
- KDNK Xizang Lebihi RM93.98 Bilion Setengah Tahun Pertama Tahun Ini




