- Lain-lain
China Ikrar Bersinergi Bersama Anggota BRICS Tangani Cabaran Global

China bersedia bekerjasama dengan anggota lain BRICS untuk menangani pelbagai cabaran mendesak yang dihadapi masyarakat sejagat dan kekal berada pada landasan yang betul dalam perkembangan sejarah dunia.
Demikian dinyatakan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi semasa Mesyuarat ke-16 Penasihat Keselamatan Negara BRICS dan Wakil Kanan Keselamatan Negara di New Delhi, India pada Selasa.
Beliau menyeru semua anggota BRICS bersinergi untuk menegakkan orde antarabangsa, menyelesaikan kebuntuan keselamatan melalui konsensus, menangani cabaran global menerusi tindakan konkrit dan menambah baik tadbir urus dalam bidang-bidang memuncul.
China akan memegang jawatan pengerusi bergilir BRICS tahun depan, justeru katanya China bersedia berkerjasama dengan rakan-rakan BRICS untuk melakar masa hadapan yang aman damai dan makmur bersama.
Sempena mesyuarat berkenaan, Wang turut menghadiri pertemuan berkumpulan yang dipengerusikan Perdana Menteri India Narendra Modi, selain mengadakan pertemuan dua hala secara berasingan dengan wakil kanan keselamatan negara dari India, Rusia, Iran, Mesir, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan lain-lain.
- Negara BRICS Anjur Mesyuarat mengenai Isu Asia Barat di New Delhi
- Presiden China, Brazil Adakan Perbualan Telefon
- Latihan Tentera Laut “Keazaman Kedamaian 2026” Bakal Diadakan di Afrika Selatan
- China Alu-alukan Penyertaan Malaysia dalam Kerjasama BRICS
- Bersatu Padu Mara dengan Semangat Kental - Xi
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS Secara Maya
- Xi Hadir Sidang Kemuncak BRICS secara Maya Esok
- PM China Seru BRICS Jadi Pelopor Promosi Pembaharuan Tadbir Urus Global
- China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Dorong Pembangunan 'Greater BRICS'
- PM China Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17




