- Lain-lain
Xi Berucap pada Sesi Kedua Sidang Kemuncak BRICS Ke-18
Presiden China Xi Jinping menghadiri Sesi Kedua Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi, India pada Ahad pagi.
Ketika berucap pada sidang itu, Xi menyatakan bahawa negara-negara Selatan Global perlu bersama-sama mempertahankan norma asas hubungan antarabangsa termasuk menjaga kesamarataan kedaulatan negara, tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, dan penyelesaian pertikaian antarabangsa secara damai.
Beliau menyertu supaya undang-undang dan peraturan antarabangsa dikuatkuasakan secara adil tanpa diganggu dwistandar.
"Negara-negara BRICS harus mempertahankan multilateralisme, memelihara kewibawaan dan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyokong reformasi dan peningkatan kecekapan institusi multilateral, mendorong pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ke arah yang betul, menambah baik struktur kewangan antarabangsa, serta meningkatkan perwakilan dan hak bersuara negara-negara membangun," kata Xi.
Beliau menegaskan bahawa negara-negara BRICS harus mempertahankan falsafah pembangunan berpaksikan rakyat, mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030, bersatu untuk mempromosikan tadbir urus keselamatan, dan bersama-sama menghadapi ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional.
Xi menyatakan bahawa negara-negara BRICS harus menambah baik tadbir urus iklim global, mempercepat pembentukan rangka kerja tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang diterima meluas di peringkat global, dan membolehkan teknologi baharu dapat menerangi jalan kemakmuran bersama.
- Presiden Xi Berucap pada Sidang Kemuncak BRICS Ke-18
- Negara-negara BRICS Harus Berdiri Teguh di Pihak Betul dalam Sejarah - Xi
- BRICS Capai Hasil Cemerlang dalam Dua Dekad Lalu - Xi
- China Sedia Bersama Anggota BRICS Dorong Kedamaian dan Ketenteraman di Rantau Asia Barat dan Teluk - Xi
- China akan Menjadi Negara Pengerusi BRICS Tahun Depan
- BRICS Jadi Barisan Terdepan dalam Selatan Global - MFA
- Xi Selamat Tiba di New Delhi
- Xi Berlepas untuk Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di India
- China Ikrar Bersinergi Bersama Anggota BRICS Tangani Cabaran Global
- Negara BRICS Anjur Mesyuarat mengenai Isu Asia Barat di New Delhi




