Xi Kemukakan Lima Inisiatif Perkasakan Kerjasama BRICS

(CRI)Ahad 13 September 2026

Presiden China Xi Jinping menghadiri Sesi Kedua Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang diadakan di New Dehli, India pada Ahad pagi.

Ketika berucap pada sidang itu, beliau mengemukakan lima inisiatif untuk memperkasakan kerjasama BRICS.

Antaranya termasuk mengenai keterbukaan dan keinklusifan kecerdasan buatan (AI), kemudahan perdagangan dan pelaburan, kerjasama industri digital, kerjasama pembuatan pintar, dan pembinaan bakat dalam sains dan teknologi.

Xi menekankan bahawa "BRICS raya" seharusnya membuat sumbangan lebih besar dan mencapai kemajuan lebih besar, di samping meletakkan asas kukuh untuk kerjasama praktikal.

Selain itu, menurut Xi, negara-negara BRICS perlu menaik taraf industri tradisional, mengembangkan industri baharu, membuat rancangan bagi industri masa depan, sekali gus membolehkan teknologi baharu menerangkan jalan kemakmuran bersama.

Video

Berita Berkaitan