Robot Mula Tadika!

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 15 September 2026

Robot duduk di ‘tadika robot’. (Foto oleh Liu Faiwei/People's Daily)

Robot duduk di ‘tadika robot’. (Foto oleh Liu Faiwei/People's Daily)

Sebuah ‘tadika robot’ telah dibuka secara rasmi di Taman Shougang bulan ini, hasil usaha sama Tashan Teknologi dan pemenang Anugerah A.M Turing 2024, Richard S. Sutton dari Openmind.

Tadika tersebut yang terletak di daerah Shijingshan, Beijing, terbahagi kepada tiga zon utama iaitu kawasan ujian, kawasan pembelajaran dan kawasan interaksi.

Menurut naib presiden R&D Tashan Teknologi Hou Guangdong, tadika robot ini bukan sahaja menumpukan latihan robot. Mereka berharap dapat membolehkan robot terus belajar daripada persepsi, tindakan, maklum balas dan renungan, sama seperti kanak-kanak.

Di sini, robot keluaran pelbagai syarikat yang gaya juga berbeza akan berinteraksi dengan dunia dalam persekitaran sebenar, sekali gus beransur-ansur membentuk kecerdasan sendiri.

Robot berjalan di ‘tadika robot’. (Foto oleh Liu Faiwei/People's Daily)

Robot berjalan di ‘tadika robot’. (Foto oleh Liu Faiwei/People's Daily)

Berbeza dengan pusat latihan kecerdasan terkandung tradisional yang melatih kemahiran robot dengan meniru gerak-geri manusia, robot di ‘tadika robot’ ini belajar menggunakan kaedah cuba-cuba.

Hou menjelaskan, pada fasa pertama ini, pihaknya mahu robot berinteraksi dengan persekitaran dalam tempoh yang lama dan mampu mengecas diri. Keupayaan ini akan membolehkan robot menyesuaikan diri di rumah serta senario-senario lain melibatkan dunia nyata. Kemudian, pasukan pembangun akan beransur-ansur memperkenalkan algoritma dan rekaan eksperimen yang lebih rumit.

‘Tadika robot’ diperkenalkan pada Sidang Kemuncak Usahawan Global HICOOL. (Foto oleh Hou Yu/China News Agency)

‘Tadika robot’ diperkenalkan pada Sidang Kemuncak Usahawan Global HICOOL. (Foto oleh Hou Yu/China News Service)

Menyentuh konsep teras dan visi ‘tadika robot’, Sutton percaya bahawa kemudahan ini tempat belajar selamat yang memberi robot peluang untuk memahami struktur fizikal sendiri, mengenal dunia, dan memupuk kecerdasan secara berautonomi.

“Saya sangat teruja akan pembukaan rasmi Tadika Robot,” katanya, menggambarkan perkembangan ini sebagai suatu percubaan yang tidak pernah berlaku dahulu, untuk meloncat dari sifar ke satu. Di sini, robot dapat belajar daripada kesilapan dan berinteraksi dengan sebuah dunia yang kompleks.

Video

Berita Berkaitan