Rancangan Lima Tahun Buka Ruang Pembangunan Baharu kepada Hong Kong

(CRI)Jumaat 18 September 2026

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) mengumumkan rancangan lima tahun pertama bagi pembangunan ekonomi dan sosial HKSAR (2026-2030) pada Khamis.

Langkah itu sekali gus menandakan kali pertama Hong Kong merangka hala tuju pembangunan ekonomi dan sosial secara menyeluruh di peringkat atasan, dengan menetapkan matlamat, keutamaan strategik serta pendekatan pelaksanaan bagi tempoh lima tahun akan datang dan jangka panjang.

Rancangan itu mengemukakan lima matlamat utama antaranya mencapai kejayaan baharu dalam pembangunan ekonomi, meningkatkanlagidaya saing dan pengaruh Hong Kong di peringkat antarabangsa serta mempercepat pembangunan Metropolis Utara.

Ini juga termasuk menambah baik kesejahteraan rakyat secara ketara, serta mencapai kemajuan besar dalam mengintegrasikan diri dan menyokong landskap pembangunan negara.

Ketua Eksekutif HKSAR, John Leeberkata penggubalan rancangan itu antara langkah penting yang dilaksanakan pentadbiran HKSAR sebagai usaha meningkatkan kecekapan tadbir urus, selain menyelaraskan pembangunan Hong Kong secara proaktif dengan strategi pembangunan negara.

Beliau turut menyifatkan rancangan berkenaan sebagai garis panduan bagi mendorong pembangunan berkualiti tinggi Hong Kong.

Ketika ini, pembangunan Hong Kong sedang berdepan peluang yang signifikan sempena tahun pertama pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 negara.

Penyelarasan dengan FYPke-15 negara akan membantu Hong Kong meraih ruang dan peluang pembangunan yang lebih luas.

Sebagai pusat kewangan antarabangsa, wilayah itu turut memainkan peranan penting dalam menghubungkan pasaran China dengan Asia Tenggara, Asia Barat, Amerika Selatan dan pasaran antarabangsa yang lain.

Pelbagai langkah melibatkan sektor kewangan, perdagangan dan inovasi yang digariskan menerusi rancangan lima tahun itu dijangka terus memperkukuh peranan Hong Kong sebagai 'penghubung super' antara China dan dunia.

Di bawah bimbingan rancangan itu, Hong Kong akan terus memanfaatkan kelebihan uniknya, menumpukan kepada usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat sehingga melakar lagi pencapaian signifikan dalam pembangunannya.

Video

Berita Berkaitan