Perdagangan Tanah Besar China–Hong Kong Meningkat Enam Kali Ganda

(CRI)Selasa 30 Jun 2026

Nilai perdagangan antara Tanah Besar China dengan Hong Kong meningkat lebih enam kali ganda sejak Hong Kong kembali ke pangkuan China pada tahun 1997.

Statistik terkini yang dikeluarkan Kastam China di Shenzhen menunjukkan nilai perdagangan dua hala meningkat daripada RMB420.87 bilion (RM251.57 bilion) pada tahun 1997 kepada RMB2.6 trilion (RM1.55 trilion) pada tahun 2025.

Malah kadar pertumbuhan purata tahunan juga sebanyak 6.7 peratus, sekaligus memperlihatkan momentum pembangunan yang kukuh.

Sementara itu, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, hubungan perdagangan antara Tanah Besar China dengan Hong Kong terus diperkukuh, apabila jumlah import dan eksport mencecah RMB1.4 trilion (RM837 bilion), meningkat 48.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, lebih 70 peratus nilai perdagangan dikendalikan melalui pintu sempadan Shenzhen, dengan nilai import dan eksport meningkat 58.7 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan