Xi Dengar Laporan Kerja Ketua Eksekutif Hong Kong

(CRI)Khamis 18 Disember 2025

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka Chiu di Beijing pada Selasa petang.

Xi turut menghargai usaha John Lee Ka Chiu sepanjang setahun yang lalu, yang telah mengetuai kerajaan HKSAR, menjayakan pilihan raya Majlis Perundangan ke-8 Hong Kong, merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang mantap, dan melangkah ke fasa yang baharu daripada tadbir urus ke arah kemakmuran.

Xi juga menegaskan keperluan mempertahankan prinsip "satu negara dua sistem", "Hong Kong ditadbir rakyat Hong Kong" serta tahap autonomi yang tinggi, bagi memastikan kemakmuran dan kestabilan jangka panjang HKSAR.

Mengulas lanjut Xi berkata, kerajaan SAR perlu secara proaktif menyelaraskan perancangan pembangunan dengan Rancangan Lima Tahun ke-15 negara, mengambil bahagian dalam pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, dan mengintegrasikan Hong Kong dengan lebih baik dalam pembangunan negara.

Video

Berita Berkaitan