Ekonomi Hong Kong Mampan, Kedudukannya Kukuh: MFA

(CRI)Jumaat 18 September 2026

Hong Kong menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta mengekalkan kedudukan sebagai pusat kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa yang terkemuka di bawah naungan dasar 'satu negara, dua sistem’.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Guo Jiakun susulan laporan terbaharu yang meletakkan Hong Kong pada kedudukan teratas dalam kalangan pusat kewangan di rantau Asia Pasifik.

Beliau berkata pencapaian itu memperlihatkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap status unik Hong Kong, kelebihan wilayah itu serta prospek pembangunannya.

Menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Global edisi ke-40 yang diterbitkan pada Rabu, Hong Kong kekal berada di tempat ketiga di peringkat global dan tempat pertama di Asia Pasifik.

Video

Berita Berkaitan