HKSAR Bertindak Proaktif Selamatkan Mangsa Kebakaran

(CRI)Jumaat 28 November 2025

Kebakaran dahsyat yang berlaku di kompleks kediaman Wang Fuk Court, Tai Po, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) pada petang Rabu sehingga kini telah meragut sekurang-kurangnya 94 nyawa.

Dilaporkan pasukan bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 55 individu dari lokasi kebakaran.

Ketua Eksekutif HKSAR, John Lee dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, pihaknya telah membuka 9 pusat perlindungan bagi menempatkan lebih 500 penduduk terjejas.

Beliau turut menetapkan empat perkara lain pada sidang media tersebut iaitu membatalkan atau menangguhkan sebarang perayaan atau sambutan, menubuhkan dana bantuan kebakaran, memulakan mekanisme mobilisasi perkhidmatan awam dan menubuhkan tiga pasukan bagi kerja-kerja berkaitan.

Masyarakat tempatan juga bertindak proaktif dengan menyediakan barangan keperluan, seperti makanan, minuman, tuala dan selimut ke pusat penempatan sementara.

Video

Berita Berkaitan