- Lain-lain
China Bantah Sekatan Unilateral Tanpa Mandat PBB

China menentang sebarang bentuk sekatan unilateral yang dilaksanakan tanpa mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa.
Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China ketika mengulas 'Akta Lindsey O. Graham mengenai Sekatan terhadap Rusia dan Iran 2026' yang ditandatangani pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Akta berkenaan turut mengenakan tarif sekunder sehingga 100 peratus terhadap negara ketiga yang mengimport minyak atau gas asli dari Rusia.
Jurucakap itu berkata China turut membantah tindakan sekatan sekunder terhadap negara lain atas alasan melibatkan pihak ketiga.
China akan terus memantau tindakan susulan AS itu dan mengekalkan hak untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mempertahankan kedaulatan dan kepentingan pembangunan negara serta hak dan kepentingan sah syarikat China.
- AS Umum Sekatan Baharu terhadap Iran
- Pakar Hak Asasi PBB Kutuk AS Perluas Sekatan terhadap Cuba
- China Gesa AS Henti Sekatan Terhadap Cuba
- China Tolak Sekatan AS terhadap 5 Syarikat Domestik Terlibat Perdagangan Iran
- China Menentang Sekatan AS terhadap Badan Pemeriksaan dan Pensijilan, Sektor Telekomunikasi
- Macron Kecam Tindakan AS Sekat Visa Lima Individu Termasuk Bekas Pesuruhjaya EU
- AS Dituntut Bina Iklim Adil, Saksama dan Tanpa Diskriminasi untuk Syarikat China
- Venezuela Cela 'Kegiatan Lanun' AS
- UNSC Dijadual Adakan Mesyuarat Tergempar, Bincangkan Situasi Venezuela
- Venezuela Kutuk Sekatan AS, Sifatkannya Sebagai Tindakan Jenayah




