Kastam Hangzhou Keluarkan 7 Langkah Bagi Kelancaran Ekspo Perdagangan Digital Global

(CRI)Isnin 21 September 2026

Ekspo Perdagangan Digital Global Edisi Kelima akan diadakan di Hangzhou, provinsi Zhejiang dari 23 hingga 27 September ini.

Susulan itu, Kastam Hangzhou pada Ahad telah mengeluarkan 7 langkah bagi memastikan kakitangan dan barangan berkaitan ekspo yang keluar masuk sempadan dapat melalui proses pelepasan kastam dengan lebih cekap dan selamat.

Antara tujuh langkah itu termasuk menyediakan laluan khas Ekspo Perdagangan Digital dan kaunter perkhidmatan khusus, menawarkan pelbagai kaedah jaminan pembayaran cukai, menyokong integrasi pameran dan jualan serta melaksanakan perkhidmatan sehenti untuk urusan pameran dan persidangan.

Sejak penganjuran edisi pertama pada tahun 2022, ekspo tersebut telah menarik penyertaan lebih 5,000 syarikat tempatan dan asing, 87,000 pedagang profesional, dan 627,000 pengunjung.

Lebih 1,200 produk dan pencapaian baharu turut diperkenalkan buat kali pertama menerusi pelbagai pelancaran, demonstrasi dan pameran.

Video

Berita Berkaitan