Pendapatan Industri Digital Cecah RMB39.6 Trilion di China pada 2025

(CRI)Ahad 26 Julai 2026

Menurut "Laporan Pembangunan Industri Maklumat Negara (2025)" yang terkini dikeluarkan oleh Pejabat Maklumat Internet Negara, pada tahun 2025, nilai tambah industri teras ekonomi digital negara ini telah menyumbang lebih 10.5 peratus kepada KDNK, dengan pendapatan industri digital mencecah RMB39.6 trilion (RM24 trilion), meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun.

Skala penggunaan digital penduduk China pula mencapai RMB25.3 trilion (RM15.3 trilion), meningkat 8.7 peratus tahun ke tahun.

Sehingga akhir tahun 2025, jumlah keseluruhan stesen pangkalan 5G di negara ini telah mencecah 4.838 juta.

Video

Berita Berkaitan