- Lain-lain
China Perkukuh Pengurusan Rizab Bijirin Negara
Kapasiti gudang bijirin standard kebangsaan di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan kini mencapai 730 juta tan.
Demikian menurut pegawai dari Pentadbiran Rizab Bijirin dan Bahan China dalam sidang media anjuran Pejabat Penerangan Majlis Negara China yang bertemakan "Memulakan Perlaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-15 (2026-2030)" di Beijing pada Isnin.
Semasa sidang media tersebut, pegawai berkaitan telah memberikan taklimat mengenai usaha dalam memastikan "gudang bijirin negara" diurus dan dipelihara dengan baik, bagi menjamin keselamatan makanan negara.
Ujarnya, dalam tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-15, China akan meningkatkan keupayaan amaran awal keselamatan serta pencegahan proaktif di gudang bijirin bagi memastikan kemudahan dan kapasiti penyimpanan tersebut diurus serta dimanfaatkan dengan baik.
China juga akan menggalakkan penerapan "kecerdasan buatan (AI) + rizab bijirin", selain mendigitalkan proses operasi, mengautomatikkan proses utama dan mempertingkat pengurusan gudang secara pintar.
Teknologi penyimpanan bijirin hijau turut akan diperluas mengikut keadaan setempat bagi menggalakkan penyimpanan bijirin berkualiti tinggi secara optimum serta memastikan kualiti dan kesegarannya terus terpelihara.
- "Gudang Bijirin Negara"
- Bijirin Per Kapita China 493 Kilogram bagi Tahun 2023
- Pengeluaran Bahan Makanan China 695.4 Bilion Kg, Rekod Tertinggi dalam Sejarah
- China Seru Tindakan Kondusif bagi Keselamatan Bijirin
- Xi Cakna Isu Keterjaminan Makanan dan Tenaga
- Bekalan Makanan China Kekal Mencukupi
- Buku Mengenai Wacana Xi Jinping Berhubung Keselamatan Makanan Diterbitkan
- Berusaha Jamin Penghasilan Bijirin Lebih 650 bilion Kg Tahun ini
- Ganding Bahu ke Arah Sifar Kelaparan
- Output Bijirin China Pecah Rekod Lagi




