China Seru Tindakan Kondusif bagi Keselamatan Bijirin

(CRI)Rabu 24 Mei 2023

Wakil tetap China di PBB, Zhang Jun menyeru pelbagai negara agar terus menyelesaikan konflik melalui dialog, rundingan dan pengantaraan, membantu kawasan konflik kembali ke keadaan yang aman dan stabil secepat mungkin supaya dapat mencipta syarat yangbermanfaat bagi keselamatan rakyat jelatadan bijirin.

Zhang berkata sedemikian dalam satusesi perbahasan terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB berhubung isu keselamatan bijirin dan perlindungan terhadap pendudukawam dalam konflik bersenjata.

China menyeru pihak-pihak yang selama ini menghulurkan bantuan menambah bantuan kemanusiaan kecemasan dari segi bijirin dan modal kepada negara yang mempunyai keperluan.

Zhang berkata, penangguhan sekali lagi perjanjian penghantaran bijirin Laut Hitam keluarbaru-baru iniakan memberi manfaat bagi menjamin pembekalan bijirin antarabangsa. China mendesak negara terbabit mengambil kira impak susulan dan kepentingan negara-negara membangun ketika menggubal dasar kewangannya supaya dapat mengelakkan pergolakan harga bijirin daripada berlaku.

Zhang berkata, China jugamenyeru negara berkenaan menyusun semula dasar subsidi untuk mengurangkan impak terhadap pasaran produk pertanian di negara-negara membangun.

Menurut Zhang, China sentiasa berperanan sebagai pendorong dan penyumbang dalam kerjasama bijirin antarabangsa,dan bersedia terus bersama-sama pelbagai negara untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran China, mengintensifkan kerjasama bidang keselamatan bijirin dan pembasmian kemiskinan, bersama-sama membina dunia yang bebas daripada peperangan, konflik, kebuluran dan kemiskinan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan