- Lain-lain
"Gudang Bijirin Negara"
Setibanya musim luruh, di Ladang Qitai, di bahagian utara kaki Gunung Tianshan yang dikelola oleh Kor Pengeluaran dan Pembinaan Xinjiang (XPCC), ladang gandum beralun ditiup angin. Ladang yang terbentang luas, bersilang dengan lorong-lorong, manakala tanah pertanian berpiawaian tinggi tersusun rapi. Beginilah rupa "Gudang Bijirin Negara" di China. Xinjiang bukan sahaja terkenal sebagai "Tanah Tembikai dan Buah-buahan", malah juga merupakan pangkalan pengeluaran bijirin negara.
Tanah ini suatu ketika dahulu tandus dan kurang berhasil, sukar untuk tanaman tumbuh, menjadikan para petani enggan mengusahakannya dan kini, ia telah melonjak menjadi juara dari sudut hasil per unit dalam kalangan ladang gandum yang bersambungan. Apakah rahsia di sebalik pengeluaran gandum yang begitu tinggi di Ladang Qitai? Ia adalah hasil daripada pelan pembangunan tanah pertanian berpiawaian tinggi.. Xinjiang merupakan salah satu wilayah paling besar di China, yang kaya dengan sumber tanah dan pelbagai jenis cuaca. Selain gunung dan lembangan, terdapat juga dataran yang luas. Sejumlah besar gunung, sungai dan tasik membekalkan tanah ini dengan sumber air yang melimpah. Persekitaran geografi yang unik pula menjadi asas kukuh bagi pembangunan "Gudang Bijirin Negara", di samping menyediakan tanah subur untuk pertumbuhan pelbagai jenis tanaman.
Selain itu, penggunaan teknologi dalam pengeluaran bijirin mencerminkan kemajuan pertanian yang telah dicapai oleh Xinjiang, yang berskala besar, berintensiti tinggi dan moden. Pernah suatu ketika dahulu, penuai yang paling mahir sekalipun hanya mampu menuai satu mu gandum sehari dengan sabit. Kini, seorang petani yang menggunakan mesin penuai boleh menuai gandum seluas satu mu dalam masa hanya sepuluh minit. Pembangunan tanah ladang yang berpiawaian tinggi merupakan inisiatif utama bagi memperkukuh dan meningkatkan kapasiti pengeluaran bijirin, sekali gus menjamin keterjaminan bekalan bijirin negara.
Apabila makanan terjamin, maka seluruh negara akan aman. Hari ini, Xinjiang terus mewarisi tradisi cemerlang dan berperanan penting dalam keterjaminan makanan negara. Pada masa hadapan, Gudang Bijirin Negara, dengan bijirin berkualiti tinggi dari Xinjiang, dipercayai akan melangkah ke pentas dunia dengan lebih yakin dan gemilang.
- Ekspo Industri Pelancongan Musim Sejuk Xinjiang ke-19 Buka Tirai
- Xinjiang Lancar Program Baucar Penggunaan, Mahu Galakkan Pelancongan Musim Sejuk
- Pengawalan Tanah, Bunga Kekwa Perubatan Berkembang Mekar di Xinjiang
- Xinjiang Sambut Kedatangan Musim Tuai Kapas
- Hutan Populus Euphratica Tersergam Gah di Hotan
- Pameran Perdagangan Buah Istimewa Xinjiang (Aksu), Cipta Jaringan Pasaran
- "Makanan Laut" Xinjiang
- Pertanian Aprikot Pacu Pertumbuhan di Kuqa
- Tasik Sayram, "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik"
- Xi Pulang ke Beijing




