- Lain-lain
Edisi Bahasa Cina Buku Anwar Dilancar di Hangzhou

Majlis pelancaran edisi bahasa Cina buku Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada 23 September. (Chinanews.com.cn/Wang Gang)
Majlis pelancaran edisi bahasa Cina buku terbaharu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada 23 September.
Karya berjudul “Rethinking Ourselves: Justice, Reform and Ignorance in Postnormal Times” tersebut merupakan himpunan pengalaman hidup serta renungan beliau tentang isu-isu penting seperti keadilan, pembaharuan, nila-nilai sosial, dan juga pembinaan sebuah dunia yang dikongsi bersama.
Katanya, karya itu merekodkan pandangannya mengenai situasi global, terutamanya bagaimana negara baru merdeka harus merancang pembangunan masa depan di sebuah dunia yang masih berbaur kolonialisme dan imperialisme. Negara-negara terbabit tidak seharusnya memfokuskan pembangunan sendiri semata-mata, tetapi perlu mengejar kesejahteraan bersama seluruh umat manusia.
Anwar turut menekankan betapa Malaysia mementingkan hubungan dengan China, yang pertukaran budayanya sudah bersejarah lama. Kedua-dua pihak saling hormat dan saling percaya, mencari persefahaman dan sokongan melalui dialog.
Beliau berharap koleksi pemikirannya itu dapat merapatkan lagi rakyat Malaysia dan China, di samping menggalakkan terpupuknya nilai murni yang dapat dikongsi bersama pelbagai budaya dan tamadun.
Selain bertukar-tukar buah fikiran dengan mendalam, Anwar turut menandatangani naskhah buku untuk pembaca dan bergambar dengan wakil pelbagai sektor pada majlis pelancaran.
- Kehadiran Anwar di WorldSkills 2026 dan GDTE Simbol Keakraban China-Malaysia
- Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di Beijing
- Malaysia Mahu Luaskan Eksport Agromakanan ke China, Bukan Hanya Durian
- China Hargai Kenyataan PM Malaysia Berhubung Isu Taiwan
- China, Malaysia, Teroka Peluang Baharu Kerjasama Ekonomi, Dagang Dipacu AI
- Menteri Luar China, Malaysia Adakan Pertemuan di Manila
- Jarak Sifar | Kerjasama China-Malaysia dalam Pelaksanaan
- China, Malaysia Anjur Dialog Perniagaan Jalur dan Laluan keenam di Ningxia
- MCKIP, “Lombong Emas” Yang tidak Kering
- Warisan Budaya Maritim, Pengikat Hubungan China-Malaysia




