MCKIP, “Lombong Emas” Yang tidak Kering

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 02 April 2026

Foto menunjukkan Pelabuhan Kuantan. (People's Daily/Bai Yuanqi)

Foto menunjukkan Pelabuhan Kuantan. (People's Daily/Bai Yuanqi)

Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) telah merekodkan pelaburan kumulatif melebihi 11 bilion yuan, dan apabila kesemua projek siap dan memasuki fasa pengeluaran, banyak peluang kerja jangka panjang akan tercipta.

Presiden China Xi Jinping menyebut demikian dalam satu makalah bertanda tangan yang disiarkan oleh media tempatan semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada April 2025.

Pembangunan Kolaboratif MCKIP

Pembangunan hijau merupakan ciri utama susun atur MCKIP. Malaysia kaya dengan sumber bauksit, sementara China berpengalaman dalam penggunaan aluminium kitar semula dan peleburan canggih. Dengan memanfaatkan kelebihan kedua-dua pihak, taman ini secara sistematiknya menyusun atur industri berkaitan aluminium, mendorong kemajuan terselaras pengekstrakan, pemprosesan mendalam dan pengitaran semula sumber, serta pengubahan bahan mentah dan peluasan produk ke pasaran peringkat tinggi.

Ketersambungan Pantai Timur

Berdepan permintaan yang makin meningkat terhadap perkapalan, bagaimanakah dapat peluasan dicapai sambil standard hijau dikekalkan?

Di atas pintu masuk MCKIP, sebuah konveyer tertutup kira-kira 12 kilometer panjang merentasi lebuh raya terus ke Pelabuhan Kuantan. “Alat magik” logistik ini dipasang oleh United Steel (Malaysia), dan bahan mentah seperti bijih besi diangkut melalui talian paip itu, sekali gus menyelesaikan isu pencemaran habuk dan beban lalu lintas.

“Kawasan pelabuhan telah dilengkapi dengan sistem supresi habuk dan kolam basuh, yang mencuci kenderaan keluar dari pelabuhan untuk meminimumkan impak habuk terhadap persekitaran sekeliling,” Wang Chao, pengurus besar operasi Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (Kuantan Port) memberitahu wartawan. “Kami juga sedang meneroka teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon, dengan rancangan untuk mengumpulkan karbon dioksida yang dihasilkan oleh pelabuhan dan industri sekitar, lalu menghantarnya ke telaga minyak dan gas luar pesisir menerusi Pelabuhan Kuantan untuk pensekuesteran, memacu transformasi hijau melalui inovasi.”

Kerjasama Praktik Antara Dua Negara

Ketika industri mula mantap dan projek-projek masuk fasa pengeluaran, aliran warga juga menampakkan perubahan positif. Kini, semakin ramai orang muda tempatan memilih untuk terus menetap di kampung halaman mereka.

Kelly, pakar pemasaran di Pelabuhan Kuantan, ialah salah seorang daripadanya. “Kerjasama yang lebih rapat memberi saya platform kerjaya yang lebih besar, meluaskan perspektif, juga memperkukuh keyakinan saya terhadap transformasi ekonomi Malaysia,” katanya.

Video

Berita Berkaitan