- Lain-lain
Menteri Luar China, Malaysia Adakan Pertemuan di Manila

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan di Manila, Filipina pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Wang menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 hubungan dialog China-ASEAN dan ulang tahun ke-5 bagi penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN.
Ujarnya ASEAN merupakan komponen penting dalam landskap multipolar dan kuasa utama dalam Selatan Global.
Wang menyatakan harapan agar Malaysia dapat memainkan peranan dengan baik sebagai negara penyelaras hubungan China-ASEAN, memelihara kepentingan bersama China dan ASEAN serta memastikan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Timur.
Mengulas lanjut Wang berkata, berdasarkan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), China bersama-sama negara ASEAN komited untuk menyelesaikan rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) secepat mungkin.

Dalam pertemuan itu, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan menyatakan bahawa selaku negara penyelaras hubungan ASEAN-China, Malaysia akan berusaha dengan sepenuhnya mendorong kerjasama antara ASEAN dan China, dan bersama-sama memelihara kedudukan utama ASEAN dalam kerangka serantau.
Menurut beliau, terdapat beberapa negara di luar rantau ini yang langsung tiada kaitan dengan Laut China Selatan, namun sentiasa ingin "menunjukkan kekuatan" di perairan tersebut.
Beliau berharap agar Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) dapat dicapai seawal mungkin sekaligus memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

- Jarak Sifar | Kerjasama China-Malaysia dalam Pelaksanaan
- Kerjasama Robotik Malaysia-China, Pacu Daya Saing Industri Serantau
- Sesi ke-52 Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama mengenai Pelaksanaan DoC Diadakan di Singapura
- Wang Yi: Keamanan, Kerjasama, Persahabatan Perlu Jadi Naratif Baharu Laut China Selatan
- China, Filipina Setuju Kawal Situasi di Laut China Selatan
- PLA Jalankan Rondaan Sekitar Pulau Huangyan
- Warisan Budaya Maritim, Pengikat Hubungan China-Malaysia
- MCKIP, “Lombong Emas” Yang tidak Kering
- China, Malaysia Anjur Dialog Perniagaan Jalur dan Laluan keenam di Ningxia
- Komando Teater Selatan PLA Laksanakan Rondaan Rutin di LCS
- 'Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Takkan Goyah Tekad China Pertahan Kedaulatan dan Kepentingan Maritim: MFA
- Penggubalan COC Langkah Kondusif: MFA
- Mesyuarat Pegawai Kanan ke-26 Pelaksanaan DoC Berlangsung di Kuala Lumpur
- PLA Adakan Rondaan di Sekitar Pulau Huangyan
- China Terbitkan Laporan Pertikai Tuntutan Wilayah Filipina di Laut China Selatan
- China Tidak Terima "Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan"
- Jurucakap MFA Komen Kenyataan Menteri Luar Jepun Membabitkan “Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan 2016”
- Laporan 'Kritik Baharu Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Disiarkan
- China Bantah Kenyataan Jepun Berkaitan 'Keputusan Kes Timbang Tara LCS'
- 'Keputusan Kes Timbang Tara LCS' Contoh Buruk Pelanggaran Undang-undang Antarabangsa: Pakar




