- Lain-lain
Malaysia Mahu Luaskan Eksport Agromakanan ke China, Bukan Hanya Durian

Malaysia berhasrat memperluas eksport agromakanan ke China dengan tidak hanya bergantung kepada durian, sebaliknya menyasarkan pasaran lebih luas merangkumi buah-buahan tropika, makanan laut dan produk ayam halal.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Seri Mohamad Sabu kepada CGTN Malay ketika mengetuai delegasi Malaysia melawat Beijing Xinfadi Agricultural Products Wholesale Market di Beijing pada Jumaat.
Selain durian, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Malaysia mempunyai pelbagai produk premium termasuk nanas, nangka dan manggis yang berpotensi diperluas ke pasaran China, dengan semua hasil pertanian negara mematuhi piawaian kualiti dan keselamatan antarabangsa.

Malah ujarnya Malaysia turut berhasrat untuk meningkatkan eksport durian ke China, namun tidak hanya memfokuskan kepada segmen durian premium sahaja.
“Kita tidak hanya akan memfokuskan kepada durian premium sahaja, sebab kita ada pekebun-pekebun kecil durian, oleh itu kita berusaha bukan hanya durian premium sahaja pada masa akan datang, biarlah rakyat China boleh memilih, sama ada durian premium atau durian kampung, namun apa juga jenis yang dipasarkan, kualiti perlu dijaga.
“Memanglah di bandar besar durian Malaysia ada, bandar-bandar kecil ini belum sampai jadi kita nak tingkatkan jumlahnya. Jadi kalau dapat sampai ke bandar-bandar yang kecil itu, maka pasaran durian kita akan lebih meningkat”, katanya.

Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pendekatan mempelbagaikan produk eksport itu dijangka membantu meningkatkan lagi kehadiran produk agromakanan Malaysia di China, selain membuka ruang kepada kerjasama perdagangan yang lebih menyeluruh dan berterusan antara kedua-dua negara.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai lawatan ke Beijing Xinfadi Agricultural Products Wholesale Market, beliau berkata ia bertujuan bagi meneroka peluang pasaran baharu serta memperkukuh kerjasama Malaysia-China dalam sektor pertanian dan makanan.
Malah, Malaysia turut melihat ruang kerjasama dalam bidang teknologi dan kepakaran berkaitan pertanian pintar dengan China.
Pada lawatan berkenaan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Xinfadi mengenai usaha memperluas saluran import serta memperkukuh kerjasama perdagangan pertanian Malaysia-China.
Delegasi Malaysia turut meninjau Pavilion Durian Antarabangsa, yang menampilkan pelbagai bekalan durian Malaysia termasuk Musang King dan Black Thorn.
- China Hargai Kenyataan PM Malaysia Berhubung Isu Taiwan
- China, Malaysia, Teroka Peluang Baharu Kerjasama Ekonomi, Dagang Dipacu AI
- Menteri Luar China, Malaysia Adakan Pertemuan di Manila
- Bagaimana Buah-buahan ASEAN Merentas Ribuan Batu ke China
- Buah-buahan ASEAN di Guangxi: Cita Rasa Terunggul Durian Malaysia
- Jarak Sifar | Kerjasama China-Malaysia dalam Pelaksanaan
- Sambutan China Pacu Industri Durian Asia Tenggara
- Durian Thailand Laris Dijual di Nanning
- Kem Interaksi Bahasa dan Budaya Belia Malaysia-China 2026 Buka Tirai di Putrajaya
- China, Malaysia Anjur Dialog Perniagaan Jalur dan Laluan keenam di Ningxia




