Jarak Sifar | Kerjasama China-Malaysia dalam Pelaksanaan

China dan Malaysia ialah jiran yang terikat oleh persahabatan berkurun lamanya, sahabat yang berhubung hati ke hati, serta rakan kongsi untuk kerjasama yang saling menguntungkan.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-52 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Sepanjang lebih setengah abad yang lalu, kerjasama kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.

Sebagai projek mercu tanda kerjasama berkualiti tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan antara China dan Malaysia, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), apabila siap kelak, akan menjadi arteri pengangkutan utama yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, sekali gus memberikan dorongan kukuh kepada pembangunan di sepanjang laluannya. Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China di bawah inisiatif “Dua Negara, Taman Berkembar” pula berkembang pesat dan terus menyuntik momentum yang mantap kepada kerjasama perindustrian dua hala. Durian segar kini dihantarkan terus dari dusun Malaysia ke meja makan orang China, membawa aroma uniknya ke seluruh pelosok China. Pada tahun 2025, jumlah pelajar di Kampus Universiti Xiamen Malaysia buat pertama kalinya melebihi 10,000 orang, menandakan kejayaannya sebagai projek mercu tanda kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara.

Baru-baru ini, pasukan People’s Daily Online telah berkunjung ke Malaysia dan menghasilkan dokumentari mikro dalam bahasa Cina, Melayu, Inggeris dan lain-lain, yang memaparkan kisah kerjasama serta persahabatan antara rakyat China dan Malaysia. Marilah kita berganding bahu untuk membawa hubungan China-Malaysia menuju ke satu lagi era Jubli Emas.

Video

Berita Berkaitan