- Lain-lain
Filipina Digesa Segera Hentikan Provokasi - CCG
Filipina digesa menghentikan serta-merta segala bentuk provokasi dan kekacauan di Laut China Selatan.
Amaran itu disuarakan jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), Jiang Lue dalam sidang media di Beijing dengan menyatakan bahawa Manila secara terang-terangan melanggar janji dan mengetepikan nasihat Beijing dengan menghantar kapal bagi membawa bekalan logistik kepada kapal miliknya yang 'terdampar secara haram' di Terumbu Ren'ai pada Khamis.
Ujarnya CCG telah mengambil tindakan undang-undang di lokasi kejadian, termasuk melakukan pemantauan jarak dekat serta memberikan amaran lisan bagi mengarahkan kapal Filipina itu berundur.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai perlanggaran serius terhadap Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak di Laut China Selatan (DOC) serta menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau.
Tegas Jiang, CCG akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan mengikut undang-undang di Laut China Selatan termasuk di Kepulauan Nansha, Terumbu Ren'ai serta perairan di sekitarnya.
Katanya, China teguh mempertahankan kedaulatan wilayah dan hak maritim negara sendiri.
- Filipina Digesa Segera Hentikan Provokasi di Perairan Terumbu Ren'ai
- Jepun, Filipina Perlu Segera Hentikan Rundingan Penandaan Sempadan di Perairan Timur Taiwan
- Penetapan EEZ Jepun-Filipina Sebahagian Amalan “Militarisme Baharu”
- PLA Adakan Rondaan di Sekitar Pulau Huangyan
- PLA Waspada pada Filipina, Tingkatkan Rondaan di LCS
- China ketatkan Kawalan Ketenteraan di Sekitar Pulau Huangyan
- China Siar Laporan Tinjauan Ekosistem Terumbu Karang Pulau Huangyan
- PLA Hantar Jet Pengebom Adakan Rondaan di Laut China Selatan
- China Tegas Pertahan Kedaulatan Wilayah Sendiri
- China dan Filipina Adakan Rundingan Konsular Pusingan Kesembilan di Beijing




