- Lain-lain
Filipina Digesa Segera Hentikan Provokasi di Perairan Terumbu Ren'ai

China menegaskan bahawa pendiriannya berhubung isu terumbu Ren'ai tidak berubah, termasuk pengaturan sementara yang dicapai dengan Filipina pada Julai tahun lalu berkaitan penghantaran bekalan kapal Filipina yang 'terkandas' di kawasan berkenaan.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang media pada Selasa menyatakan pada Julai 2024, kedua-dua pihak telah mencapai pengaturan sementara berasaskan tiga prinsip bagi membolehkan penghantaran bekalan keperluan harian atas dasar kemanusiaan kepada anggota yang berada di kapal tersebut.
Yang pertama, China menegaskan bahawa kapal Filipina yang didakwa 'terkandas' secara haram di terumbu Ren'ai telah mencabuli kedaulatan China dan melanggar Deklarasi Mengenai Tata Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan.
Justeru, China menggesa Filipina menarik keluar kapal berkenaan dan mengembalikan keadaan asal kawasan itu tanpa sebarang kemudahan atau penempatan.
Kedua, sebelum kapal tersebut dialihkan, Beijing membenarkan Manila menyediakan bekalan keperluan harian kepada anggota yang berada di atas kapal itu, dengan syarat Filipina memaklumkan terlebih dahulu kepada China dan penghantaran itu disahkan melalui pemeriksaan di lokasi.
Dan ketiga, China sama sekali tidak akan menerima cubaan Filipina untuk membina kemudahan tetap atau pos kawalan kekal di kawasan berkenaan.
- Jepun, Filipina Perlu Segera Hentikan Rundingan Penandaan Sempadan di Perairan Timur Taiwan
- Penetapan EEZ Jepun-Filipina Sebahagian Amalan “Militarisme Baharu”
- PLA Adakan Rondaan di Sekitar Pulau Huangyan
- PLA Waspada pada Filipina, Tingkatkan Rondaan di LCS
- China ketatkan Kawalan Ketenteraan di Sekitar Pulau Huangyan
- China Siar Laporan Tinjauan Ekosistem Terumbu Karang Pulau Huangyan
- PLA Hantar Jet Pengebom Adakan Rondaan di Laut China Selatan
- China Tegas Pertahan Kedaulatan Wilayah Sendiri
- China dan Filipina Adakan Rundingan Konsular Pusingan Kesembilan di Beijing
- China Kena Sekatan terhadap Bekas Senator Filipina




