- Lain-lain
Beijing Anjur Forum Fokuskan Kerjasama Perlindungan Warisan Budaya

Forum paralel yang memfokuskan kerjasama antarabangsa dalam perlindungan warisan budaya berlangsung di Beijing baru-baru ini, bersempena dengan Forum Budaya Beijing 2026.
Acara itu menghimpunkan lebih 100 pengurus warisan budaya serta wakil pertubuhan antarabangsa dan institusi penyelidikan dari dalam dan luar negara untuk membincangkan pendekatan berkesan bagi melindungi warisan budaya menerusi kerjasama multilateral.
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Qu Xing berkata isu-isu seperti perubahan iklim, konflik bersenjata dan ketidakseimbangan agihan sumber membawa cabaran kepada tadbir urus global.

Justeru negara terlibat perlu melaksanakan tindakan praktikal berdasarkan konvensyen antarabangsa, ujar beliau.
Bekas Naib Pengarah Akademi Warisan Budaya China, Zhan Changfa menyatakan bahawa China telah menjadi penyedia pengalaman dalam perlindungan warisan budaya serta pembina platform berkenaan.
Menurut beliau, China terlibat secara mendalam dalam kerja perlindungan warisan budaya dunia antaranya Angkor Wat di Kemboja dan kota purba Khiva di Uzbekistan, selain melancarkan inisiatif perlindungan warisan budaya di Asia serta mencadangkan penubuhan rangkaian tindak balas pantas untuk warisan terancam.
- Forum Budaya Beijing 2026 Dirasmikan, Fokuskan Perlindungan Warisan Budaya dan Saling Pembelajaran Antara Tamadun
- AS Kembalikan 64 Artifak Budaya dan Fosil kepada China
- Mission Unlock | Ep 6: Bagaimana Mural Keluar dari Gua?
- Inovasi, Interaksi, Naikkan Jingdezhen ke Status Warisan Dunia
- Paksi Tengah Beijing Peringati Ulang Tahun Kedua Status Warisan Dunia UNESCO
- Warisan Budaya Hembus Nafas Baharu kepada Kampung Dong
- Cerita Bergambar Sulaman Suji Bilang Tiaohua
- Pesta Perahu Naga Hidup dalam Lukisan Pasir
- Kampung Etnik She Terpelihara Elok, Gamit Kedatangan Pelawat
- Pameran Groto Yungang Buka Tirai di Muzium Sanxingdui




