- Lain-lain
Warisan Budaya Hembus Nafas Baharu kepada Kampung Dong
Kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, terletak elok di celah-celah gunung provinsi Guizhou, dilalui sungai berbelok-belok.

Foto memaparkan pemandangan udara kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)

Foto memaparkan pemandangan udara kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
Di sebuah bengkel, artisan etnik Dong dengan telitinya melukis corak pada kain putih menggunakan pisau lilin. Dengan setiap gerakan tangan, totem Dong, corak bunga, dan motif burung beransur-ansur terbentuk di hujung jari mereka. Setiap corak dan setiap coret mencerminkan tradisi estetika orang Dong yang diturunkan dari generasi ke generasi, menyimpan harapan leluhur terhadap kehidupan yang lebih baik.

Pelawat menghayati pesona kraf tangan warisan budaya tak ketara tradisional di kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
Lu Yongmei, ketua koperasi profesional kraf tangan tradisional petani yang juga pewaris teknik celup indigo peringkat provinsi berkata, teknik celup dan tenun tradisional pernah hampir hilang. Tekstil tradisional Dong agak terhad rekaannya, dan ramai artisan wanita Dong yang bersusah payah menyara hidup dengan ketukangan mereka.
Untuk memelihara tradisi ini dan mencipta peluang baharu untuk menjana pendapatan, Lu mengetuai koperasinya melawat artisan veteran di merata kaunti bagi menghidupkan kembali teknik yang hampir lenyap, sambil mencari inspirasi di luar pergunungan. Dengan menggabungkan tradisi dan estetika moden, koperasi tersebut telah membangunkan satu rangkaian produk baharu termasuk alas teh, beg, subang, dan hiasan rumah.

Pelancong bergambar di sebuah jalan di kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
Dalam setahun lalu, kampung Dong Zhaoxing telah menyaksikan sambutan yang semakin hebat terhadap warisan budaya mereka, dengan semakin ramai yang ingin mencuba sendiri teknik kraf tangan ini.

Foto menunjukkan kemeriahan kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
Melalui usaha tanpa henti pihak koperasi untuk membangunkan produk budaya kreatif, mereka telah memperkenalkan lebih daripada 600 produk yang menggabungkan ciri etnik dengan kepraktisan moden. Dengan lebih 228 ahli berdaftar, mereka telah membantu lebih 1,000 wanita dari lebih 100 kampung di seluruh kaunti melibatkan diri dalam pengeluaran mengikut tempahan, latihan kemahiran dan bengkel kerja, justeru mengubah suatu kraf tangan tradisional yang tersorok di celah-celah gunung menjadi sumber pendapatan yang penting.

Foto menunjukkan sebuah bengkel warisan budaya tak ketara di kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)

Foto memaparkan pemandangan udara kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)

Pelawat menghayati pesona kraf tangan warisan budaya tak ketara tradisional di kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)

Foto menunjukkan produk celup indigo yang dipamerkan di sebuah kedai di kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)

Selepas tenggelamnya matahari, cahaya lampu menerangi kampung Dong Zhaoxing di kaunti Liping, kawasan autonomi Miao dan Dong Qiandongnan, provinsi Guizhou, barat daya China. (People's Daily Online/Yang Qian)
- Pengumpul Data Hubungkan Dunia Fizikal dan Digital
- Cerita Bergambar Sulaman Suji Bilang Tiaohua
- Pesta Perahu Naga Hidup dalam Lukisan Pasir
- Kampung Etnik She Terpelihara Elok, Gamit Kedatangan Pelawat
- Yunshe, Kesederhanaan Bertemu Kedamaian
- “Naga” Rakit Buluh Terangi Malam
- Di Tongren, Matcha Menjadi Cara Hidup
- Pameran Groto Yungang Buka Tirai di Muzium Sanxingdui
- China Anjur Acara Utama Hari Muzium Antarabangsa 2026 di Hohhot
- Detik Biasa Menjadi Seni di Mata Gunting




