Inovasi, Interaksi, Naikkan Jingdezhen ke Status Warisan Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 07 Ogos 2026

Foto fail bertarikh 17 Januari 2025 ini menunjukkan pemandangan Blok Sejarah dan Budaya Taoyangli di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China. (Xinhua)

Foto fail bertarikh 17 Januari 2025 ini menunjukkan pemandangan Blok Sejarah dan Budaya Taoyangli di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China. (Xinhua)

Pada 25 Julai, Tapak Industri Porselin Kraf Tangan Jingdezhen dimasukkan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO, menjadikannya tapak ke-61 di China yang disenaraikan.

Lokasi berkenaan menyimpan bukti material lengkap daripada sebuah tamadun penghasil porselin yang beroperasi tanpa henti dari kurun ke-10 hingga ke-19. Jelas Weng Yanjun, pengarah Muzium Tanur Diraja Jingdezhen, tamadun tersebut berkali-kali mentransformasikan teknologi seramik, bahkan mempengaruhi pengeluaran dan cita rasa artistik seluruh dunia.

Foto fail bertarikh 28 Ogos 2024 ini menunjukkan seorang tukang membuat tembikar pada roda pemusing di sebuah studio di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China. (Xinhua/Wan Xiang)

Foto fail bertarikh 28 Ogos 2024 ini menunjukkan seorang tukang membuat tembikar pada roda pemusing di sebuah studio di Jingdezhen, provinsi Jiangxi, timur China. (Xinhua/Wan Xiang)

Yang menjadikan Jingdezhen unik ialah ia masih lagi beroperasi sebagai pusat pengeluaran. Tukang kraf tempatan terus-menerus membuat inovasi dengan mengguna pakai teknik tradisional, misalnya “bahua” (jahitan pada porselin) yang cukup halus, hinggalah produk seperti patung kecil untuk jenama moden. Ekosistem lengkap bandar ini juga menarik artis antarabangsa yang bereksperimen dengan bahan seperti kaca dan seramik.

Pelawat mendengar penjelasan kurator tentang porselin Jingdezhen yang dipamerkan di Muzium Spode di Stoke-on-Trent, Britain, 22 November 2025. (Xinhua/Zheng Bofei)

Pelawat mendengar penjelasan kurator tentang porselin Jingdezhen yang dipamerkan di Muzium Spode di Stoke-on-Trent, Britain, 22 November 2025. (Xinhua/Zheng Bofei)

Para pegawai berkenaan menganggap, tersenarainya Jingdezhen sebagai Warisan Dunia adalah pengiktirafan akan pengaruhnya dalam sejarah, juga kejayaannya memelihara kraf tradisional sambil menyesuaikannya dengan kehidupan moden. Ia turut mengundang tanggungjawab baharu untuk melindungi dan mentafsirkan khazanah ini mengikut standard Warisan Dunia.

Video

Berita Berkaitan