AS Kembalikan 64 Artifak Budaya dan Fosil kepada China

(CRI)Jumaat 18 September 2026

Jabatan Pentadbiran Warisan Budaya Negara (NCHA) menerima sejumlah 64 artifak budaya, karya seni dan fosil paleontologi yang dikembalikan oleh Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

Artifak budaya, karya seni dan fosil berkenaan sebelum ini disita oleh agensi penguatkuasaan udang-undang AS, sebelum diserahkan semula kepada NCHA masing-masing pada 16 September di Agensi Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri AS (HSI) dan dua hari kemudian di Pejabat Pendakwa Daerah Manhattan.

Berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) yang berkaitan, agensi kerajaan kedua-dua negara secara aktif melaksanakan kerjasama pemulangan artifak budaya yang hilang atau dibawa keluar secara tidak sah.

Kerjasama itu setakat ini telah membantu membawa pulang sejumlah artifak budaya China ke tanah air.

Video

Berita Berkaitan