- Lain-lain
Jenama China Terserlah di Sukan Asia ke-20
Saat pembawa obor terakhir menyalakan kawah berbentuk hati semasa majlis pembukaan Sukan Asia ke-20 di Nagoya, Jepun pada malam 19 September, seluruh stadium digegari oleh tepukan gemuruh. Daripada pentas majlis pembukaan kepada uniform atlet dan perkakasan pertandingan, teknologi dan ketukangan China jelas terpapar sepanjang berlangsungnya temasya, menyerlahkan kedinamikan sektor pembuatan negara ini.
Pembinaan pentas, rekaan kawah, kandungan digital dan pengurusan tapak telah dikendalikan oleh Zhejiang Dafeng Industry.
“Projek ini memakan masa lebih 500 hari dari penandatangan kontrak hingga majlis pembukaan,” jelas Zhu Xian, pengarah artistik syarikat tersebut, yang juga penerbit eksekutif dan pengarah kreatif majlis pembukaan kali ini.

Gambar yang diambil pada 19 September ini memaparkan kawah Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. (Xinhua)
Kedudukan Nagoya di tepi pantai menambah lagi cabaran; kawah dan sistem pentas luar bangunan dikehendaki memenuhi syarat ketat pihak Jepun berkaitan taufan dan hujan lebat. Untuk itu, jurutera di Hangzhou menggunakan teknologi digital bagi mensimulasikan keadaan angin dan cahaya di Nagoya, manakala sebuah pangkalan pembuatan pintar di Yuyao menghasilkan kawah. Direka untuk melambangkan denyutan jantung serta persahabatan, kawah berbentuk hati itu menggunakan teknik nyala yang menggabungkan semburan kabus dan kesan pencahayaan untuk meniru rupa nyalaan tanpa perlu membakar bahan api secara berterusan. Ini dijangka mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 200 tan.

Pembawa obor memlambai kepada penonton pada majlis pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, 19 September 2026. (Xinhua)
Rekaan China juga dapat dilihat pada uniform rasmi yang dibekalkan oleh jenama pakaian sukan China, 361°. Syarikat tersebut menyediakan pakaian seragam sukarelawan, staf dan juga pegawai teknikal dalam warna hijau gelap, indigo, kelabu metalik dan perak, diperbuat daripada fabrik yang ringan dan cepat kering. Ia juga membuat rekaan uniform enam delegasi mewakili negara dan rantau. Ini merupakan kali kelima berturut-turut syarikat tersebut terlibat dalam Sukan Asia, dan bilangan unit pakaian yang dibekalkannya telah melebihi 5.4 juta.

Kakitangan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bertugas di pusat media utama, 12 September 2026. (Xinhua)
Di tapak acara gimnastik, pasukan petugas dari Taishan Sports memeriksa peralatan dengan teliti.
“Setiap butir perlu mengikut prosedur standard. Pada hari pertandingan, kami sekali lagi membuat pemeriksaan penuh sejam sebelum acara mula. Ini satu peraturan ketat,” kata Wang Wei, ketua jurutera pusat teknologi Taishan Sports.
Syarikat itu telah membekalkan peralatan dan sokongan perkhidmatan penuh untuk 16 temasya sukan. Sejak Sukan Asia Beijing 1990, ia telah mengekalkan rekod tiada ralat, tiada kegagalan peralatan, dan tiada aduan.
“Kami mahu menjadi lebih daripada sekadar peserta dalam acara-acara sebegini. Kami mahu membantu membentuk jenama kami dan menentukan standard bagi peralatan sukan seluruh dunia,” tambah Wang lagi.

Kontinjen China berarak masuk pada majlis pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, 19 September 2026. (Xinhua)
- Perusahaan China Kembang Sayap di Pasaran Global dengan Kekuatan Teknologi: Presiden USCBC
- Xi Seru Usaha Berterusan Perkasa Industri Pembuatan Maju
- “Kilang Angkasa” Timur China Keluar Satelit secara Besar-besaran
- Mengapa Produk "Buatan China" Boleh Meraih Populariti di Kalangan Pengguna Dunia?
- Penyaman Udara China Penyelesai Krisis Gelombang Haba Eropah
- Keuntungan Industri Berskala Besar China Catat Lonjakan
- Keuntungan Perusahaan Utama Industri Perkilangan Naik 15.5 Peratus Suku Pertama 2026
- Alat Kimpal Pintar Debut di Tapak Pembinaan Rel, Zhejiang
- Jiangsu Percepat Perkembangan Industri Automotif
- Industri Pembinaan Kapal China Kekal Terdepan 16 Tahun Berturut-turut




