China Alu-alukan Kehadiran Presiden Putin pada Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen

(CRI)Isnin 05 Oktober 2026

China mengalu-alukan kehadiran Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sidang Kemuncak APEC yang bakal diadakan di Shenzhen, China pada November nanti.

Di samping itu, China bersedia bersama pihak Rusia untuk mendorong aktiviti "Tahun China" APEC mencapai hasil yang memuaskan.

Jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Beijing pada Sabtu.

Menurut laporan media Rusia, Presiden Vladimir Putin menyatakan bahawa beliau akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak APEC yang diadakan di Shenzhen pada bulan depan, dan beliau percaya rundingan itu akan mencapai hasil yang positif.

Mengulas lanjut, Guo Jiakun menyatakan bahawa bimbingan strategik daripada diplomasi pemimpin negara merupakan jaminan politik yang paling penting bagi memastikan hubungan China-Rusia maju ke depan secara mantap.

Video

Berita Berkaitan