- Lain-lain
Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11 Produktif
Isu inovasi teknologi pertanian merupakan tumpuan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11 yang diadakan di sini Selasa .
Mesyuarat yang produktif ini dilihat telah membantu mengukuhkan sokongan kepada kerjasama serantau dari segi institusi.
"Kenyataan Bersama Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11" telah diluluskan dalam mesyuarat ini, menunjukkan bahawa rantau Asia-Pasifik sebagai jelapang bijirin di peringkat global dan juga kawasan penggunaan utama telah memberi sumbangan penting dalam bidang keterjaminan makanan dalam senario global dan menunjukkan daya tahan ketika menghadapi cabaran-cabaran tidak lama dahulu.
Di sebalik pelbagai guncangan dan tekanan seperti turun naik ekonomi, gangguan rantaian bekalan, kekangan sumber, cuaca ekstrem dan bencana alam, meningkatkan daya tahan sistem makanan telah menjadi keutamaan teras di rantau ini.
Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Edwardo Pedroza menyatakan bahawa inovasi teknologi yang dibincangkan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk saja, terasnya adalah untuk memastikan kaum tani benar-benar mendapat manfaat. Sebagai contoh, dalam konteks perubahan iklim yang telah menjadi kebiasaan, bagaimana mencapai penghasilan yang stabil dan meningkat, sambil mengurangkan kerosakan ekologi, dan sebagainya, semuanya merupakan teras hala tuju bagi ekonomi-ekonomi Asia-Pasifik untuk saling membelajari dan bekerjasama secara sinergi.
Untuk rekod, mesyuarat ini merupakan salah satu mesyuarat peringkat menteri pelbagai hala yang berprofil paling tinggi dalam bidang pertanian di rantau Asia-Pasifik tahun ini.
Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Siri Aktiviti Kastam APEC: Perjanjian Dimeterai Pacu Pengimportan Produk Pertanian dan Makanan
- Wakil APEC Tekan Perdagangan Serantau Pacuan AI dan Bantuan kepada PMKS
- Mesyuarat Kastam APEC 2026 Buka Tirai di Dalian
- Sidang Kemuncak APEC ke-33 Dirasmikan 100 Hari Lagi
- Mesyuarat APEC di Chengdu Promosikan Pembangunan, Kerjasama AI
- Menteri APEC Ikrar Imbangi Pertumbuhan Ekonomi, Ekologi
- Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tinggi APEC "Data for Growth" Diadakan di Chengdu
- Mesyuarat Menteri-Menteri Digital dan AI APEC Luluskan "Kenyataan Chengdu"
- China Anjur Minggu Digital APEC di Chengdu
- Forum CEO APEC Berlangsung di Beijing