Forum Media Asia-Pasifik Berlangsung di Shenzhen

(CRI)Sabtu 05 September 2026

Ketua Pengarah Jabatan Publisiti China, Li Shulei menghadiri Forum Media Asia-Pasifik yang dirasmikan di bandar Shenzhen, provinsi Guangdong pada Sabtu.

Para hadirin berpendapat bahawa inisiatif yang diketengahkan oleh Presiden Xi Jinping untuk membentuk Komuniti Asia-Pasifik memberikan panduan bagi membina ekonomi Asia-Pasifik yang terbuka dan mempromosikan kemakmuran bersama.

Sementara itu, kerjasama pembangunan Asia-Pasifik tidak dapat dicapai tanpa penyertaan aktif golongan pengamal media.

Dimaklumkan, forum ini bertemakan "Membina Jalan Kemakmuran Komuniti Asia-Pasifik - Konsensus dan Tindakan Media".

Terdapat empat forum komponen yang masing-masing telah dianjurkan di bandar Guangzhou, Dongguan, Zhuhai dan Shenzhen di provinsi Guangdong dari 3 hingga 4 September.

Video

Berita Berkaitan