- Lain-lain
Siri Mesyuarat Pegawai Kanan Ketiga APEC 2026 Berlangsung di Dalian
Sebagai tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bagi 2026, China menganjurkan siri Mesyuarat Pegawai Kanan Ketiga APEC di Dalian pada 17 hingga 28 Ogos.
Dalam tempoh berlangsungnya siri mesyuarat tersebut, para peserta mengadakan perbincangan berkisar pada sektor perdagangan, pengangkutan, teknologi, sumber tenaga dan lain-lain.
Mereka juga menjalankan tinjauan di bandar Dalian, provinsi Liaoning untuk melihat dan merasai sendiri kedinamikan pembangunan di kawasan bahagian Timur Laut China.
Dengan memanfaatkan peluang menghoskan siri mesyuarat APEC kali ini, Dalian turut memaparkan landskap pembangunannya yang mempunyai corak tersendiri.
Selaku 'pintu gerbang' di bahagian Timur Laut China yang terbuka kepada dunia, Dalian mempunyai asas industri yang kukuh dan lokasi geografi yang strategik.
Di tapak penganjuran siri mesyuarat kali ini, iaitu Pusat Persidangan Antarabangsa Dalian, sekumpulan model kapal buatan Dalian mencuri perhatian para hadirin.
Ia sebenarnya mencerminkan kekuatan bandar ini dalam bidang industri kapal dan peralatan maritim.
Bukan hanya melihat secara sepintas lalu di venue mesyuarat, wakil-wakil dari pelbagai entiti ekonomi APEC juga diberi peluang mendekati talian pengeluaran pembinaan kapal tempatan, dan mendapat pendedahan yang jelas tentang proses pembuatan industri berat negara itu.
Untuk membantu para tetamu lebih cakna tentang denyut nadi pembangunan China, tuan rumah menyediakan tiga pakej kunjungan yang berunsurkan 'perindustrian+budaya', membabitkan industri perkapalan, perikanan moden, teknologi canggih, tinggalan sejarah dan kebudayaan.
Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- Mesyuarat Peringkat Menteri Keselamatan Makanan APEC Ke-11 Produktif
- Siri Aktiviti Kastam APEC: Perjanjian Dimeterai Pacu Pengimportan Produk Pertanian dan Makanan
- Wakil APEC Tekan Perdagangan Serantau Pacuan AI dan Bantuan kepada PMKS
- Mesyuarat Kastam APEC 2026 Buka Tirai di Dalian
- Sidang Kemuncak APEC ke-33 Dirasmikan 100 Hari Lagi
- Mesyuarat APEC di Chengdu Promosikan Pembangunan, Kerjasama AI
- Menteri APEC Ikrar Imbangi Pertumbuhan Ekonomi, Ekologi
- Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tinggi APEC "Data for Growth" Diadakan di Chengdu
- Mesyuarat Menteri-Menteri Digital dan AI APEC Luluskan "Kenyataan Chengdu"
- China Anjur Minggu Digital APEC di Chengdu