Rakyat Jepun Berhimpun Bantah Kekerasan Tentera AS

(CRI)Isnin 05 Oktober 2026

Timbalan Menteri Luar Jepun, Funakoshi Takehiro menzahirkan bantahan keras kepada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Jepun, George Glass pada Ahad, berhubung kes pembunuhan yang disyaki dilakukan oleh anggota tentera AS di Okinawa.

Beliau menuntut pihak AS berkoordinasi penuh dalam siasatan, memperketat pengurusan disiplin tentera AS di negara itu, dan mengambil langkah untuk mencegah kejadian serupa daripada berlaku lagi.

Pada hari yang sama, rakyat Jepun mengadakan perhimpunan di hadapan Stesen Shinjuku Tokyo, untuk membantah kekejaman yang dilakukan tentera AS di Jepun, serta menentang rancangan pembinaan pangkalan baharu di Henoko.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui tentang pembunuhan wanita di Okinawa yang dilakukan oleh tentera AS," kata seorang pemprotes.

"Jenayah seperti ini tidak akan hilang selagi pangkalan tentera AS masih wujud di Okinawa. Adalah tidak boleh diterima sama sekali untuk terus membina pangkalan baharu di Henoko," ujar seorang pemprotes lain.

Video

Berita Berkaitan